leave me a message!!

remember ME, I'll remember you..[2:152]

Monday 20 May 2013

PROJEK INOVASI


~ SNOW GLOBE ~

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


BEKAS JEM
LILIN 
GLITTERS
RENDA
 AIR
















10 MEDICAL VIDEO

                                                 

1) MORE THAN MEDICATION

   


2) LOVE STORY IN MEDICAL




3) POSITIVE ATTITUDE THAT SHOULD BE APPLIED IN MEDICAL




4) MENTAL PROBLEM - BULLYING




5) NURSES ATTITUDE




6) DON'T JUDGE TOO QUICK





7) NEVER GIVE UP!!





8) THIS IS IT- LIFE
 


9) FUNNY MEDICAL CHECK UP





10) FUNNY AMBULANCE COMMERCIAL





10 GAMBAR INOVASI PERUBATAN



#1 TELEFON BIMBIT ECG



     CETUSAN idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang diintegrasi ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran baharu dalam sejarah perubatan penyakit jantung. Ini kerana gajet yang dikenali sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG masing-masing ketika merasai simptom berkaitan masalah kardiologi.Memberi kelebihan dalam pengesanan awal penyakit jantung. Alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket itu dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau berisiko mengalaminya melalui pengesanan awal.



#2 KAMERA MYCRANIO DAN MYCAST 


              Jika sebelum ini proses mengukur muka pesakit dijalankan secara manual menggunakan pita ukur dan pembaris, kini ia boleh dilakukan menggunakan kamera untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat. Ciptaan tersebut dikenali sebagai Kamera MyCranio dan MyCast penemuan terbaru Universiti Sains Malaysia(USM). Kamera MyCranio dan MyCast itu dicipta oleh pensyarah Fakulti Sains Pergigian Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zainul Ahmad Rajion bersama-sama seorang lagi pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformatik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Zulkifli Majid. MyCranio dikhaskan untuk mengukur muka pesakit dan kini digunakan untuk memproses tisu muka lembut dan membuat imbasan muka di jabatan radiologi serta pakar bedah plastik untuk merawat kecacatan muka serta tengkorak. MyCast pula berfungsi untuk mengukur bahagian bukan muka seperti tulang dan digunakan di klinik pergigian untuk mengukur saiz gigi yang akan dibentuk semula.



#3 RAWATAN DIABETES MELLITUS - KANTA LEKAP NANOCOMPOSITE 


 


           Pesakit diabetes kini boleh mendapatkan kanta lekap yang dapat membantu dalam mengingatkan pesakit terhadap paras kandungan gula dalam darah berdasarkan pertukaran warna pada kanta lekap. Penciptaan kanta lekap ini bukan sahaja mudah malah dapat menggantikan rutin pengambilan darah untuk mengetahui paras kandungan gula dalam darah. Zarah nano yang digunakan akan bertindak dengan molekul glukos pada air mata yang akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia seterusnya berlakunya perubahan warna pada kanta lekap tersebut. Pesakit kini Cuma perlu melihat pada cermin untuk mengetahui paras gula dalam darah.



#4  ULTRASOUND TELEFON PINTAR


        Sistem ultrasound merupakan system yang besar serta mahal tetapi dengan adanya transformasi yang mengubah stelefon pintar kepada alat ultrasound. Teknologi ini boleh diaplikasi dalam mengimbas imej fetal, bahagian abdominal, jantung, pelvik dan saluran darah. Alat ini bukan sahaja lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja malah boleh di miliki terutamanya bagi klinik –klinik kecil yang tidak memerlukan system ultrasound yang sebenar.



#5  ALCOHOOT SMARTPHONE BREATHALYZER 




                    Alcohoot adalah sebuah alat yang mampu mengukur kadar Alkohol melalui nafas. Ia mampu memberi keputusan yang tepat serta boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Alat ini berfungsi dalam menentukan tahap alkohol di dalam darah dengan tepat. Alat ini membantu para pemandu dalam membuat keputusan mereka mampu memandu atau tidak.Alat ini perlu dihubungkan bersama telefon pintar. Jika kadar alcohol dalam darah pengguna didapati tinggi, telefon pintar akan menelefon teksi terdekat secara automatic.



#6  PROSCOPE MICRO: JADIKAN IPHONE DAN IPAD SEPERTI MIKROSKOP



                 ProScope Micro merupakan sebuah microskop, bukan sekadar mikroskop biasa tapi ProScope Micro adalah mikroskop yang boleh digunakan oleh pelbagai profesyen. ProScope Micro untuk iPhone dapat digunakan dalam pendidikan ilmiah,  medikal, alat kawalan kualiti, atau sekadar untuk melihat serangga-serangga kecil di karpet. ProScope Micro mampu memperbesar penglihatan dari 20x pada mobile phone menjadi 80xSelain memberikan kualiti gambar yang sangat baik, ProScope Micro juga dilengkapi sebuah LED untuk pencahayaan dan menggunakan bateri yang boleh bertahan hingga 5 jam. 


#7  PENGESAN INTRACRANIAL HEMATOMA 



             Pengimbas pendarahan dalam otak ini merupakan alat pengimbas peranti tangan yang pertama seumpamanya yang direka untuk membantu kakitangan bilik kecemasan dalam mengenal pasti pendarahan otak yang boleh mengancam nyawa, yang membolehkan tindakan yang betul serta cepat diambil dalam merawat pesakit. Pendarahan otak selalunya disebabkan daripada kecederaan trauma pada otak. Infrascanner adalah peranti mudah alih yang benar-benar kecil, yang boleh mengesan kehadiran dan lokasi yang pendarahan otak berdasarkan perbezaan penyerapan cahaya daripada tisu pendarahan dan tisu otak yang normal. 



#8   PLASMA FLASHLIGHT TORCHES BACTERIA




           Lampu suluh plasma ini berfungsi bagi menghapuskan bakteria daripada kulit dan lain-lain permukaan. Peranti ini telah direka untuk digunakan oleh paramedik atau tentera apabila rawatan atau pensterilan diperlukan di lokasi yang jauh.Peranti ini serba lengkap dan beroperasi pada bateri 12V tanpa memerlukan gas luar atau kuasa. Ia menghasilkan jet plasma antara 20-23 ° C, supaya ia tidak akan merosakkan kulit dan mengandungi beberapa litar perlindungan untuk mengelakkan terlalu panas.



#9   ACCUVEIN AV300




              AccuVein AV300 adalah alat moden perubatan yang berguna bagi staf perubatan terutamanya doktor dan jururawat sewaktu melakukan proses mengambil darah atau memasukkan “intravascular (IV) line”. Alat ini ringan, selamat digunakan dan memudahkan proses mengenalpasti salur darah yang terlibat kerana dapat menunjukkan imej yang tepat. Ianya juga mengelakkan  daripada sebarang kesalahan sewaktu prosedur dijalankan dan menyelamatkan pesakit daripada kesakitan dan komplikasi. Saiznya yang Kecil dengan berat hanya 10 auns merupakan satu kelebihan.Bukan itu sahaja, alat ini membenarkan doctor atau jururawat bekerja di dalam persekitaran cahaya atau gelap. Malah, alat ini menggunakan bateri yang boleh dicas semulayang tidak memerlukan alat ini dimasukkan ke dalam soket elektrik.


#10 INNOVATIVE HIGH BLOOD PRESSURE DEVICE



            Alat ini digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi yang berterusan walaupun dengan rawatan oleh dua atau lebih ubat-ubatan. Dengan aplikasi terapi pegangan isometrik untuk rawatan tekanan darah tinggi, alat ini dipercayai terbukti dikalangan 135 daripada 136 orang pesakit yang telah mencubanya. Mereka telah berjaya menurunkan tekanan darah mereka dalam masa 8 minggu. Alat ini memberikan keselesaan kepada pesakit dan ianya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.